visitors


counter

Khamis, 26 April 2012

Another INFO

Pengenalan Kepada Hipnosis
oleh : Hipnosis Nur Hikmah

1. Hipnosis mungkin suatu perkataan yang baru bagi anda, sebaliknya pukau adalah satu perkataan yang sangat menakutkan! Hipnosis bukanlah seperti gambaran yang ditunjukkan di dalam televisyen iaitu memukau seseorang bagi menguasai orang itu dan memerintahkannya untuk melakukan sesuatu tanpa kerelaanya.

Sebaliknya, hipnosis adalah satu ilmu yang berkaitan dengan kejiwaan dan boleh membantu kehidupan harian kita. Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah telah lama menggunakan hipnosis, begitu juga di Indonesia dan Malaysia.  Perkembangan ilmu ini semakin pesat kerana ia boleh membantu di dalam pelbagai bidang seperti:

  • Perubatan
  • Polis
  • Pendidikan
  • Perniagaan
  • Sukan
  • Kesenian
  • Kekeluargaan, dan banyak lagi.


2. Hipnosis
 tidak bersangkut-paut dengan amalan-amalan syirik seperti sihir dan pemujaan, tiada amalan kebatinan atau pertapaan, tidak menyeru jin, tok syeikh, puteri atau mambang. Ia adalah suatu ilmu yang bersih dan berunsurkan ilmiah dan berkait dengan fizikal, kejiwaan dan perubatan.

Hipnosis adalah suatu seni komunikasi persuasif untuk menyampaikan pesan ke “pusat motivasi” orang lain, sehingga dapat “menggerakkan” orang lain tersebut ke arah tujuan yang dimaksudkan.

Pusat Motivasi adalah sesuatu yang terdapat dalam diri setiap manusia yang disebut dengan “Minda/Fikiran Separa Sedar”, yang merupakan salah satu bahagian fikiran yang memiliki fungsi dan cara kerja yang berbeza dengan fikiran biasa.


Pada tahun 1955:
The British Medical Association mengakui hipnosis adalah salah satu terapi perubatan yang sah.

Pada tahun 1958:
Hipnosis diakui oleh The American Medical Association

Pada tahun 1960:
The American Psychological Association mengakui hipnoterapi sebagai salah satu cabang ilmu psikologi.

Hipnoterapi merupakan salah satu bentuk psikoterapi dalam dunia psikiatri. Namun demikian, hipnoterapi juga boleh digunakan pada pesakit nonpsikiatrik. Hipnoterapi dapat digabungkan dengan jenis pengubatan lainnya (medik mahupun alternatif). Hipnoterapi banyak digunakan oleh doktor, pakar psikologi, mahupun paramedik. Seorang Hypnotherapist / hipnoterapis adalah orang yang tidak mempunyai latar belakang perubatan moden, tetapi sengaja memperdalam ilmu (science), pengetahuan (knowledge), keterampilan (skill) dan serta seni (art) yang terdapat di dalam hypnotherapy / hipnoterapi.
(Petikan dari Malaysian Academy of Hypnosis : http://www.hypnosis.com.my/index.php?p=1_16 )
Picture
Picture

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat


Hipnosis 
keadaan tidak sedar yg menyebabkan seseorang kelihatan spt tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yg diajukan kepadanya oleh orang yg menguasai mindanya ketika itu.

Hipnotis 
orang yang mengamalkan hipnosis

Hipnoterapi
kaedah rawat­an sesuatu penyakit jiwa secara hipnosis

Apa Pendapat Pakar Hipnosis Malaysia?

Picture

Presiden Malaysian Academy of Hypnosis, Helminiry Had bin Haji Sabtu PJK, C.H.I, C.H.t, C.H
Hipnosis adalah penembusan faktor kritikal fikiran sedar diikuti dengan diterimanya suatu pemikiran atau saranan.

Sheila Menon, Pengarah Urusan, Hipnosis Klinikal Kolej London (LCCH). 
Hipnosis adalah satu proses terapi yang berguna dari segi perubatan, psikologi dan juga motivasi. 
Dengan lain perkataan, ia merupakan sejenis rawatan yang boleh membantu individu bermasalah sama ada dari segi kesihatan mental ataupun fizikal.

Rafee Ailiah CHI (IBH)
Hypnosis adalah keadaan wajar yang selalu kita alami sehari-hari, bahkan mungkin dalam setiap hari kita terhypnosis secara sedar maupun tidak.

Selasa, 10 April 2012

Kursus


Asas, Ch,Cht Ci







Khamis, 5 April 2012

Persatuan/Pertubuhan/Klinik Hipnoterapi di Seluruh Dunia


Pertubuhan Hipnoterapi Malaysia



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More