visitors


counter

Rabu, 22 Jun 2011

Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi

Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi

Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi

Saya tidak boleh membatasi apa saja yang boleh dan tidak boleh dibantu dengan hipnoterapi. Kerana hipnoterapi ialah ilmu untuk mengeksplorasi kekuatan fikiran, maka segala masalah yang berkaitan dengan fikiran dan perasaan boleh dibantu dengan hipnoterapi. Hipnoterapi boleh berperanan dalam bidang kecantikan, kedoktoran, kebidanan, kesihatan tubuh dan fikiran, masalah psikologi, masalah anak dan remaja, pengembangan diri, masalah seksual, bahkan untuk sekadar hiburan dan rekreasi mental. Hasil pembelajaran saya selama ini membuat saya faham bahwa kunci perubahan ada di Fikiran Bawah Sedar.Anda boleh mengubah diri Anda menjadi apa pun yang Anda inginkan, asalkan Anda dapat mengubah program fikiran" yang tertanam di Fikiran Bawah Sedar Anda. Saya belajar banyak kaedah terapi dan pengembangan diri, dan bagi saya tidak ada teknik yang lebih universal daripada hipnoterapi. Di bawah ini, Anda akan menerangkan pelbagai manfaat hipnoterapi yang boleh digunakan.

Manfaat Hipnosis Untuk Masalah Psikologi
- Mampu merubah minda untuk menjadi lebih positif dan berkeyakinan. 
- Menghilangkan tekanan (stress) dan kesedihan.
- Menghilangkan fobia, trauma atau rasa takut yang berlebihan.
- Menyembuhkan masalah gugup dan darah gemuruh.
- Mengatasi kemurungan.
- Menghilangkan perasaan mudah merasa cemas (Anxiety Disorder).
- Menghilangkan ketagihan rokok, perjudian, alkohol dan penagihan
dadah.
- Menghilangkan berbagai tabiat buruk.
- Meningkatkan kepercayaan diri / motivasi untuk individu yang berfikiran negatif.
- Mampu mengatasi rasa bosan pada pasangan.

Manfaat Hipnosis Untuk Pembangunan Personel
- Mampu membentuk keperibadian dan karakter seperti yang kita inginkan.
- Meningkatkan tumpuan, daya ingatan dan kreativiti.
- Mampu meningkatkan fokus ketika melakukan sesuatu dalam masa yang panjang.
- Mengatasi rasa was-was atau takut ketika mengikuti ujian atau peperiksaan.
- Meningkatkan prestasi belajar atau prestasi kerja.
- Mengatasi rasa bosan di waktu belajar atau bekerja.
- Menghilangkan kebiasaan menangguh-nangguhkan pekerjaan.
- Membina motivasi yang kuat untuk meraih cita-cita.
- Meningkatkan kepercayaan diri, mengatasi rasa malu dan rendah diri.
- Meningkatkan keyakinan dan percaya diri ketika berbicara di depan umum.
- Membantu untuk mengendalikan perasaan dan emosi.
- Mampu menghilangkan segala sikap dan tabiat yang negatif.
- Membentuk kepercayaan diri yang kuat agar tidak terpengaruh oleh keadaan sekeliling.

Manfaat Hipnosis Untuk Kesihatan
- Menghilangkan ketagihan rokok, alkohol dan penagihan dadah. 
- Mampu untuk menambah ataupun mengurangkan kenginan untuk makan.
- Mampu memprogram fikiran untuk mengubah tabiat makan dan gaya hidup.
- Mengubati psikosomatik iaitu penyakit fizikal yang disebabkan oleh masalah psikologi.
- Menyembuhkan masalah tidur, kesulitan tidur, insomnia, mimpi buruk ataupun terbayang hal yang menyeramkan ketika menutup mata.
- Boleh membantu untuk menghilangkan rasa mual ketika makan.

Hipnosis Untuk Remaja
- Mampu “re - programming” sikap anak - anak yang negatif seperti pemalu, penakut, terlalu manja, mudah menangis, sering merasa rendah diri dan sukar bergaul kepada sifat - sifat yang positif.
- Meningkatkan kepercayaan diri dan prestasi anak-anak dalam semua bidang yang diceburi.
- Menghilangkan rasa takut, tidak tenteram, berdedar-debar dan tidak boleh menumpukan perhatian ketika mengikuti ujian.
- Mengatasi anak yang tidak bersemangat atau tidak mahu ke sekolah.
- Mengatasi anak yang degil, pemalas dan tidak boleh berdikari untuk menjadi anak yang positif. - Bagaimana membentuk anak supaya cerdas?
- Bagaimana mempengaruhi anak agar mengikut kata ibu bapa?
- Bagaimana menyampaikan saranan yang boleh diterima oleh remaja?

Manfaat Hipnosis Untuk Kecantikan
- Mampu “re - programming” minda untuk mengubah tabiat makan dan menurunkan berat badan supaya mendapat bentuk badan yang ideal.
- Boleh menambah berat badan secara semula jadi.
- Boleh mengekalkan awet muda dengan programkan fikiran, memunculkan inner beauty, keanggunan dan peribadi yang menawan.
- Mengatasi perasaan rendah diri dan tidak puas dengan penampilan fizikal yang dimiliki.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More