Proses Hipnosis / Hipnoterapi
1. Pre-Induction
Ketika pertama kali Anda mengetahui sesuatu maklumat tentang saya atau pada waktu bertemu saya, inilah yang disebut Pre-Induction, tahap sebelum memulakan induksi. Setelah Anda mengisi borang untuk menjalani terapi, saya akan memulakan perbualan mengenai masalah Anda, menghilangkan salah faham dan rasa takut Anda terhadap hipnosis, serta menjawab pertanyaan-pertanyaan Anda. Pre-Induction juga disebut tahap Pre-Talk.
2. Suggestibility Test / Ujian Saranan
Ujian saranan digunakan untuk mengetahui apakah seseorang itu memiliki type physical suggestibility (saranan fizikal) atau emotional suggestibility (saranan perasaan). Mengetahui jenis saranan seseorang sangat penting untuk menentukan jenis induksi yang akan digunakan dan teknik terapi yang sesuai.
3. Induction / Induksi

Induksi (dalam bahasa hipnosis) adalah cara yang digunakan oleh hypnotist untuk membimbing orang yang dihipnosis mengalami keadaan trance hipnosis. Trance hipnosis adalah suatu keadaan sedar dimana bahagian kritikal fikiran sedar tidak aktif, sehingga orang yang dihipnosis sangat mudah menerima saranan yang diberikan oleh hypnotist.
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk induksi. Tetapi akan mengambil masa yang lama dan terlalu teknikal untuk saya jelaskan disini. Cukup sekadar Anda perhatikan satu hal penting ini:
Syarat utama agar proses induksi berjalan lancar adalah Anda harus bersedia untuk dihipnosis. Bila Anda menolak untuk dihipnosis maka saya atau sesiapa pun tidak akan mampu menghipnosis Anda. Hipnosis tidak boleh dilakukan secara paksa.
4. Deepening
Deepening merupakan lanjutan dari induksi. Tujuan penggunaan teknik deepening ialah untuk membuat orang yang dihipnosis menjadi semakin suggestible (meningkatkan kemampuan untuk

Oleh karena itu, apabila induksi seorang klien masih belum mencapai keadaan somnambulism, hypnotist perlu melakukan deepening dengan teknik tertentu yang boleh membuat orang yang dihipnosis mengalami somnambulism. Untuk mengetahui tahap trance hypnosis yang dialami oleh orang yang dihpnosis, hypnotist boleh melakukan trance level test, atau bagi hypnotist yang cukup berpengalaman, dia hanya melihat tanda-tanda yang ditunjukkan dari orang yang dihipnosis itu.
5. Terapi Fikiran Dimulakan

Begitu juga dengan hipnosis, orang yang baru belajar menghipnosis belum tentu boleh melakukan terapi untuk menyelesaikan masalah yang serius. Dalam banyak kes, memberi saranan secara terus (direct suggestion) memang sangat berkesan dan boleh membuat orang yang dihipnosis mengalami perubahan yang drastik. Namun, apabila masalah yang dihadapi orang yang dihipnosis sebenarnya adalah disebabkan oleh peristiwa trauma di masa lalu,dia memerlukan teknik yang khusus seperti age regression, time line therapy, hipnoanalisa, forgiveness therapy, chair therapy, atau teknik-teknik lainnya.
6. Mengakhiri Sesi Hypnotherapy

Inilah bahagian yang saya suka. Kerana apabila orang yang dihipnosis itu membuka mata, saya sering melihat senyuman yang ceria dan mata berseri. Itulah sebabnya mengapa saya selalu ingin melakukan hipnoterapi. Membangunkan orang yang dihipnosis dari keadaan hipnosis adalah hal yang paling mudah dan menyenangkan, lebih mudah daripada membangunkan remaja di hari minggu atau cuti sekolah. Sesiapa pun tidak perlu takut untuk dihipnosis kerana takut tidak pulih dari keadaan hipnosis. Sepanjang sejarah penggunaan hipnosis yang saya tahu, tidak satupun orang yang tidak pulih dari keadaan hipnosis.
0 ulasan:
Catat Ulasan