Ahad, 26 Jun 2011
Rabu, 22 Jun 2011
Proses Hipnosis / Hipnoterapi
Proses Hipnosis / Hipnoterapi
Apa yang saya jelaskan di bawah ini adalah proses hipnosis yang tertumpu pada praktikal hipnosis klasik. Apa itu hipnosis klasik? Hipnosis klasik adalah teori dan latihan hipnosis yang berkembang sebelum masa Dr. Milton H. Erickson. Ciri khas dari hipnosis klasik adalah orang yang akan dihipnosis harus melalui fasa trance "menyerupai tidur" sebelum terapi yang sebenar dimulakan. Hipnosis klasik adalah teknik hipnosis yang paling popular.Hipnoterapi boleh dilakukan tanpa melalui trance, tapi kebanyakan orang yang akan dihipnosis dan hypnotherapist akan merasa lebih selesa apabila melakukan terapi dengan gaya hipnosis klasik. Saya mengutamakan prosedur hipnosis klasik dalam setiap sesi hipnoterapi yang saya lakukan. Namun tidak jarang, saya menggunakan waking hypnosis, NLP dan EFT. Semua itu disesuaikan dengan keadaan orang yang akan dihipnosis.
1. Pre-Induction
Ketika pertama kali Anda mengetahui sesuatu maklumat tentang saya atau pada waktu bertemu saya, inilah yang disebut Pre-Induction, tahap sebelum memulakan induksi. Setelah Anda mengisi borang untuk menjalani terapi, saya akan memulakan perbualan mengenai masalah Anda, menghilangkan salah faham dan rasa takut Anda terhadap hipnosis, serta menjawab pertanyaan-pertanyaan Anda. Pre-Induction juga disebut tahap Pre-Talk.
2. Suggestibility Test / Ujian Saranan
Ujian saranan digunakan untuk mengetahui apakah seseorang itu memiliki type physical suggestibility (saranan fizikal) atau emotional suggestibility (saranan perasaan). Mengetahui jenis saranan seseorang sangat penting untuk menentukan jenis induksi yang akan digunakan dan teknik terapi yang sesuai.
3. Induction / Induksi
Induksi (dalam bahasa hipnosis) adalah cara yang digunakan oleh hypnotist untuk membimbing orang yang dihipnosis mengalami keadaan trance hipnosis. Trance hipnosis adalah suatu keadaan sedar dimana bahagian kritikal fikiran sedar tidak aktif, sehingga orang yang dihipnosis sangat mudah menerima saranan yang diberikan oleh hypnotist.
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk induksi. Tetapi akan mengambil masa yang lama dan terlalu teknikal untuk saya jelaskan disini. Cukup sekadar Anda perhatikan satu hal penting ini:
Syarat utama agar proses induksi berjalan lancar adalah Anda harus bersedia untuk dihipnosis. Bila Anda menolak untuk dihipnosis maka saya atau sesiapa pun tidak akan mampu menghipnosis Anda. Hipnosis tidak boleh dilakukan secara paksa.
4. Deepening
Deepening merupakan lanjutan dari induksi. Tujuan penggunaan teknik deepening ialah untuk membuat orang yang dihipnosis menjadi semakin suggestible (meningkatkan kemampuan untuk
menerima saranan). Kita mengenali beberapa tahap trance hypnosis. Secara sederhana, kita boleh membahagikan tahap trance hipnosis menjadi light trance, medium trance, deep trance atau somnambulism. Somnambulism ialah keadaan mental dimana fikiran orang yang dihipnosis menjadi sangat positif untuk menerima apa saja saranan. Tahap trance hipnosis yang paling tepat untuk terapi ataupun untuk stage hypnosis adalah somnambulism.
Oleh karena itu, apabila induksi seorang klien masih belum mencapai keadaan somnambulism, hypnotist perlu melakukan deepening dengan teknik tertentu yang boleh membuat orang yang dihipnosis mengalami somnambulism. Untuk mengetahui tahap trance hypnosis yang dialami oleh orang yang dihpnosis, hypnotist boleh melakukan trance level test, atau bagi hypnotist yang cukup berpengalaman, dia hanya melihat tanda-tanda yang ditunjukkan dari orang yang dihipnosis itu.
5. Terapi Fikiran Dimulakan
Banyak pelatih yang baru belajar hypnosis kurang memahami bahawa dalam menjalankan hipnoterapi, ada teknik-teknik tertentu yang perlu dikuasai. Sering kali ada pelatih baru yang sudah boleh menguasai teknik induksi (dapat melakukan trance hipnosis kepada seseorang), maka dia sudah merasakan bahawa telah menguasai seluruh ilmu hipnosis. Contohnya komputer dengan Windows XP, teknik induksi hanyalah password. Orang yang mengetahui password dan berjaya membuka windows belum tentu memahami cara mengawal fungsi operasi atau membuat program komputer dengan betul, jika silap cara, boleh merosakkannya.
Begitu juga dengan hipnosis, orang yang baru belajar menghipnosis belum tentu boleh melakukan terapi untuk menyelesaikan masalah yang serius. Dalam banyak kes, memberi saranan secara terus (direct suggestion) memang sangat berkesan dan boleh membuat orang yang dihipnosis mengalami perubahan yang drastik. Namun, apabila masalah yang dihadapi orang yang dihipnosis sebenarnya adalah disebabkan oleh peristiwa trauma di masa lalu,dia memerlukan teknik yang khusus seperti age regression, time line therapy, hipnoanalisa, forgiveness therapy, chair therapy, atau teknik-teknik lainnya.
6. Mengakhiri Sesi Hypnotherapy
Inilah bahagian yang saya suka. Kerana apabila orang yang dihipnosis itu membuka mata, saya sering melihat senyuman yang ceria dan mata berseri. Itulah sebabnya mengapa saya selalu ingin melakukan hipnoterapi. Membangunkan orang yang dihipnosis dari keadaan hipnosis adalah hal yang paling mudah dan menyenangkan, lebih mudah daripada membangunkan remaja di hari minggu atau cuti sekolah. Sesiapa pun tidak perlu takut untuk dihipnosis kerana takut tidak pulih dari keadaan hipnosis. Sepanjang sejarah penggunaan hipnosis yang saya tahu, tidak satupun orang yang tidak pulih dari keadaan hipnosis.
Apa yang saya jelaskan di bawah ini adalah proses hipnosis yang tertumpu pada praktikal hipnosis klasik. Apa itu hipnosis klasik? Hipnosis klasik adalah teori dan latihan hipnosis yang berkembang sebelum masa Dr. Milton H. Erickson. Ciri khas dari hipnosis klasik adalah orang yang akan dihipnosis harus melalui fasa trance "menyerupai tidur" sebelum terapi yang sebenar dimulakan. Hipnosis klasik adalah teknik hipnosis yang paling popular.Hipnoterapi boleh dilakukan tanpa melalui trance, tapi kebanyakan orang yang akan dihipnosis dan hypnotherapist akan merasa lebih selesa apabila melakukan terapi dengan gaya hipnosis klasik. Saya mengutamakan prosedur hipnosis klasik dalam setiap sesi hipnoterapi yang saya lakukan. Namun tidak jarang, saya menggunakan waking hypnosis, NLP dan EFT. Semua itu disesuaikan dengan keadaan orang yang akan dihipnosis.
1. Pre-Induction
Ketika pertama kali Anda mengetahui sesuatu maklumat tentang saya atau pada waktu bertemu saya, inilah yang disebut Pre-Induction, tahap sebelum memulakan induksi. Setelah Anda mengisi borang untuk menjalani terapi, saya akan memulakan perbualan mengenai masalah Anda, menghilangkan salah faham dan rasa takut Anda terhadap hipnosis, serta menjawab pertanyaan-pertanyaan Anda. Pre-Induction juga disebut tahap Pre-Talk.
2. Suggestibility Test / Ujian Saranan
Ujian saranan digunakan untuk mengetahui apakah seseorang itu memiliki type physical suggestibility (saranan fizikal) atau emotional suggestibility (saranan perasaan). Mengetahui jenis saranan seseorang sangat penting untuk menentukan jenis induksi yang akan digunakan dan teknik terapi yang sesuai.
3. Induction / Induksi

Induksi (dalam bahasa hipnosis) adalah cara yang digunakan oleh hypnotist untuk membimbing orang yang dihipnosis mengalami keadaan trance hipnosis. Trance hipnosis adalah suatu keadaan sedar dimana bahagian kritikal fikiran sedar tidak aktif, sehingga orang yang dihipnosis sangat mudah menerima saranan yang diberikan oleh hypnotist.
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk induksi. Tetapi akan mengambil masa yang lama dan terlalu teknikal untuk saya jelaskan disini. Cukup sekadar Anda perhatikan satu hal penting ini:
Syarat utama agar proses induksi berjalan lancar adalah Anda harus bersedia untuk dihipnosis. Bila Anda menolak untuk dihipnosis maka saya atau sesiapa pun tidak akan mampu menghipnosis Anda. Hipnosis tidak boleh dilakukan secara paksa.
4. Deepening
Deepening merupakan lanjutan dari induksi. Tujuan penggunaan teknik deepening ialah untuk membuat orang yang dihipnosis menjadi semakin suggestible (meningkatkan kemampuan untuk
menerima saranan). Kita mengenali beberapa tahap trance hypnosis. Secara sederhana, kita boleh membahagikan tahap trance hipnosis menjadi light trance, medium trance, deep trance atau somnambulism. Somnambulism ialah keadaan mental dimana fikiran orang yang dihipnosis menjadi sangat positif untuk menerima apa saja saranan. Tahap trance hipnosis yang paling tepat untuk terapi ataupun untuk stage hypnosis adalah somnambulism.Oleh karena itu, apabila induksi seorang klien masih belum mencapai keadaan somnambulism, hypnotist perlu melakukan deepening dengan teknik tertentu yang boleh membuat orang yang dihipnosis mengalami somnambulism. Untuk mengetahui tahap trance hypnosis yang dialami oleh orang yang dihpnosis, hypnotist boleh melakukan trance level test, atau bagi hypnotist yang cukup berpengalaman, dia hanya melihat tanda-tanda yang ditunjukkan dari orang yang dihipnosis itu.
5. Terapi Fikiran Dimulakan
Banyak pelatih yang baru belajar hypnosis kurang memahami bahawa dalam menjalankan hipnoterapi, ada teknik-teknik tertentu yang perlu dikuasai. Sering kali ada pelatih baru yang sudah boleh menguasai teknik induksi (dapat melakukan trance hipnosis kepada seseorang), maka dia sudah merasakan bahawa telah menguasai seluruh ilmu hipnosis. Contohnya komputer dengan Windows XP, teknik induksi hanyalah password. Orang yang mengetahui password dan berjaya membuka windows belum tentu memahami cara mengawal fungsi operasi atau membuat program komputer dengan betul, jika silap cara, boleh merosakkannya.Begitu juga dengan hipnosis, orang yang baru belajar menghipnosis belum tentu boleh melakukan terapi untuk menyelesaikan masalah yang serius. Dalam banyak kes, memberi saranan secara terus (direct suggestion) memang sangat berkesan dan boleh membuat orang yang dihipnosis mengalami perubahan yang drastik. Namun, apabila masalah yang dihadapi orang yang dihipnosis sebenarnya adalah disebabkan oleh peristiwa trauma di masa lalu,dia memerlukan teknik yang khusus seperti age regression, time line therapy, hipnoanalisa, forgiveness therapy, chair therapy, atau teknik-teknik lainnya.
6. Mengakhiri Sesi Hypnotherapy

Inilah bahagian yang saya suka. Kerana apabila orang yang dihipnosis itu membuka mata, saya sering melihat senyuman yang ceria dan mata berseri. Itulah sebabnya mengapa saya selalu ingin melakukan hipnoterapi. Membangunkan orang yang dihipnosis dari keadaan hipnosis adalah hal yang paling mudah dan menyenangkan, lebih mudah daripada membangunkan remaja di hari minggu atau cuti sekolah. Sesiapa pun tidak perlu takut untuk dihipnosis kerana takut tidak pulih dari keadaan hipnosis. Sepanjang sejarah penggunaan hipnosis yang saya tahu, tidak satupun orang yang tidak pulih dari keadaan hipnosis.
Mengenal Hipnoterapi
Mengenal Hipnoterapi
Posted by Hypnosis Malaysia Moderator
Topics : Mengenal Hipnoterapi / Comments: (0)
Mengenal HipnoterapiMasyarakat selama ini cenderung menganggap hipnosis / hipnoterapi sebagai hal yang tidak rasional, bahkan sebagai sesuatu yang ghaib dan berunsur mistik. Padahal, hipnosis sebenarnya merupakan fenomena rasional dan ilmiah, yang tidak perlu dianggap sebagai hal yang ghaib, supernatural, atau bertentangan dengan akal sihat. Jadi hipnosis bukanlah ilmu hitam mahupun sihir.
Hipnosis berasal dari kata "hypnos" yang berarti tidur dalam bahasa Yunani, sedangkan "therapy" berasal dari kata "theurapeutic" yang bererti penyembuhan. Hipnoterapi merupakan salah satu cabang hipnosis yang dimanfaatkan untuk kepentingan penyembuhan (curative hypnosis). Hipnoteraphi sudah ada sejak lama, namun hipnoterapi moden pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Franz Anton Mesmer (1734-1815).Doktor asal Austria itu yang memperkenalkan kaedah penggunaan energi elektromagnetik manusia yang boleh ditukar kepada orang lain atau untuk diri sendiri. Dari namanya, muncul istilah mesmeric sleep atau somnambulism, keadaan seseorang dibuat tertidur tetapi tetap boleh diajak berbicara.
Konsep dan langkah Mesmer disempurnakan oleh Dr. James Braid, pakar bedah dari Scotland, pada 1843. Dia juga yang mempopularkan istilah hipnosis / hipnotisme. Dr. James Braid mengembangkan penemuan Mesmer dengan membahaginya menjadi dua cabang: magnetisme dan hipnotisme. Braid menggunakan saranan verbal untuk terapi penyembuhan.
Pada tahun 1955:
The British Medical Association mengakui hipnosis adalah salah satu terapi perubatan yang sah.
Pada tahun 1958:
Hipnosis diakui oleh The American Medical Association
Pada tahun 1960:
The American Psychological Association mengakui hipnoterapi sebagai salah satu cabang ilmu psikologi.
Hipnoterapi merupakan salah satu bentuk psikoterapi dalam dunia psikiatri. Namun demikian, hipnoterapi juga boleh digunakan pada pesakit nonpsikiatrik. Hipnoterapi dapat digabungkan dengan jenis pengubatan lainnya (medik mahupun alternatif). Hipnoterapi banyak digunakan oleh doktor, pakar psikologi, mahupun paramedik. Seorang Hypnotherapist / hipnoterapis adalah orang yang tidak mempunyai latar belakang perubatan moden, tetapi sengaja memperdalam ilmu (science), pengetahuan (knowledge), keterampilan (skill) dan serta seni (art) yang terdapat di dalam hypnotherapy / hipnoterapi.
Hipnosis berasal dari kata "hypnos" yang berarti tidur dalam bahasa Yunani, sedangkan "therapy" berasal dari kata "theurapeutic" yang bererti penyembuhan. Hipnoterapi merupakan salah satu cabang hipnosis yang dimanfaatkan untuk kepentingan penyembuhan (curative hypnosis). Hipnoteraphi sudah ada sejak lama, namun hipnoterapi moden pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Franz Anton Mesmer (1734-1815).Doktor asal Austria itu yang memperkenalkan kaedah penggunaan energi elektromagnetik manusia yang boleh ditukar kepada orang lain atau untuk diri sendiri. Dari namanya, muncul istilah mesmeric sleep atau somnambulism, keadaan seseorang dibuat tertidur tetapi tetap boleh diajak berbicara.
Konsep dan langkah Mesmer disempurnakan oleh Dr. James Braid, pakar bedah dari Scotland, pada 1843. Dia juga yang mempopularkan istilah hipnosis / hipnotisme. Dr. James Braid mengembangkan penemuan Mesmer dengan membahaginya menjadi dua cabang: magnetisme dan hipnotisme. Braid menggunakan saranan verbal untuk terapi penyembuhan.
Pada tahun 1955:The British Medical Association mengakui hipnosis adalah salah satu terapi perubatan yang sah.
Pada tahun 1958:
Hipnosis diakui oleh The American Medical Association
Pada tahun 1960:
The American Psychological Association mengakui hipnoterapi sebagai salah satu cabang ilmu psikologi.
Hipnoterapi merupakan salah satu bentuk psikoterapi dalam dunia psikiatri. Namun demikian, hipnoterapi juga boleh digunakan pada pesakit nonpsikiatrik. Hipnoterapi dapat digabungkan dengan jenis pengubatan lainnya (medik mahupun alternatif). Hipnoterapi banyak digunakan oleh doktor, pakar psikologi, mahupun paramedik. Seorang Hypnotherapist / hipnoterapis adalah orang yang tidak mempunyai latar belakang perubatan moden, tetapi sengaja memperdalam ilmu (science), pengetahuan (knowledge), keterampilan (skill) dan serta seni (art) yang terdapat di dalam hypnotherapy / hipnoterapi.
Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi
Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi
Posted by Hypnosis Malaysia Moderator
Topics : Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi / Comments: (0)
Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi
Saya tidak boleh membatasi apa saja yang boleh dan tidak boleh dibantu dengan hipnoterapi. Kerana hipnoterapi ialah ilmu untuk mengeksplorasi kekuatan fikiran, maka segala masalah yang berkaitan dengan fikiran dan perasaan boleh dibantu dengan hipnoterapi. Hipnoterapi boleh berperanan dalam bidang kecantikan, kedoktoran, kebidanan, kesihatan tubuh dan fikiran, masalah psikologi, masalah anak dan remaja, pengembangan diri, masalah seksual, bahkan untuk sekadar hiburan dan rekreasi mental. Hasil pembelajaran saya selama ini membuat saya faham bahwa kunci perubahan ada di Fikiran Bawah Sedar.Anda boleh mengubah diri Anda menjadi apa pun yang Anda inginkan, asalkan Anda dapat mengubah program fikiran" yang tertanam di Fikiran Bawah Sedar Anda. Saya belajar banyak kaedah terapi dan pengembangan diri, dan bagi saya tidak ada teknik yang lebih universal daripada hipnoterapi. Di bawah ini, Anda akan menerangkan pelbagai manfaat hipnoterapi yang boleh digunakan.Manfaat Hipnosis Untuk Masalah Psikologi
- Mampu merubah minda untuk menjadi lebih positif dan berkeyakinan. 
- Menghilangkan tekanan (stress) dan kesedihan.
- Menghilangkan fobia, trauma atau rasa takut yang berlebihan.
- Menyembuhkan masalah gugup dan darah gemuruh.
- Mengatasi kemurungan.
- Menghilangkan perasaan mudah merasa cemas (Anxiety Disorder).
- Menghilangkan ketagihan rokok, perjudian, alkohol dan penagihan
dadah.
- Menghilangkan berbagai tabiat buruk.
- Meningkatkan kepercayaan diri / motivasi untuk individu yang berfikiran negatif.
- Mampu mengatasi rasa bosan pada pasangan.

- Mampu membentuk keperibadian dan karakter seperti yang kita inginkan.
- Meningkatkan tumpuan, daya ingatan dan kreativiti.
- Mampu meningkatkan fokus ketika melakukan sesuatu dalam masa yang panjang.
- Mengatasi rasa was-was atau takut ketika mengikuti ujian atau peperiksaan.
- Meningkatkan prestasi belajar atau prestasi kerja.
- Mengatasi rasa bosan di waktu belajar atau bekerja.
- Menghilangkan kebiasaan menangguh-nangguhkan pekerjaan.
- Membina motivasi yang kuat untuk meraih cita-cita.
- Meningkatkan kepercayaan diri, mengatasi rasa malu dan rendah diri.
- Meningkatkan keyakinan dan percaya diri ketika berbicara di depan umum.
- Membantu untuk mengendalikan perasaan dan emosi.
- Mampu menghilangkan segala sikap dan tabiat yang negatif.
- Membentuk kepercayaan diri yang kuat agar tidak terpengaruh oleh keadaan sekeliling.
Manfaat Hipnosis Untuk Kesihatan

- Menghilangkan ketagihan rokok, alkohol dan penagihan dadah. 
- Mampu untuk menambah ataupun mengurangkan kenginan untuk makan.
- Mampu memprogram fikiran untuk mengubah tabiat makan dan gaya hidup.
- Mengubati psikosomatik iaitu penyakit fizikal yang disebabkan oleh masalah psikologi.
- Menyembuhkan masalah tidur, kesulitan tidur, insomnia, mimpi buruk ataupun terbayang hal yang menyeramkan ketika menutup mata.
- Boleh membantu untuk menghilangkan rasa mual ketika makan.
Hipnosis Untuk Remaja

- Mampu “re - programming” sikap anak - anak yang negatif seperti pemalu, penakut, terlalu manja, mudah menangis, sering merasa rendah diri dan sukar bergaul kepada sifat - sifat yang positif.
- Meningkatkan kepercayaan diri dan prestasi anak-anak dalam semua bidang yang diceburi.
- Menghilangkan rasa takut, tidak tenteram, berdedar-debar dan tidak boleh menumpukan perhatian ketika mengikuti ujian.
- Mengatasi anak yang tidak bersemangat atau tidak mahu ke sekolah.
- Mengatasi anak yang degil, pemalas dan tidak boleh berdikari untuk menjadi anak yang positif. - Bagaimana membentuk anak supaya cerdas?
- Bagaimana mempengaruhi anak agar mengikut kata ibu bapa?
- Bagaimana menyampaikan saranan yang boleh diterima oleh remaja?

- Mampu “re - programming” minda untuk mengubah tabiat makan dan menurunkan berat badan supaya mendapat bentuk badan yang ideal.
- Boleh menambah berat badan secara semula jadi.
- Boleh mengekalkan awet muda dengan programkan fikiran, memunculkan inner beauty, keanggunan dan peribadi yang menawan.
- Mengatasi perasaan rendah diri dan tidak puas dengan penampilan fizikal yang dimiliki.

Jenis-Jenis Hipnosis
Posted by Hypnosis Malaysia Moderator
Topics : Jenis-Jenis Hipnosis / Comments: (0)
Jenis-Jenis Hipnosis
Banyak sekali manfaat hipnosis. Kerana terlalu banyak dan sangat berbeza, tidak seorang pun yang secara tepat dapat menyebutkan apa saja manfaat yang boleh diperoleh dari hipnosis. Hipnosis memainkan peranan hampir di semua bidang kehidupan yang melibatkan fikiran manusia. Jenis-jenis hipnosis di bawah ini dibezakan berdasarkan bidang aplikasinya yang paling popular dalam dunia hipnosis.
1. HYPNOTHERAPY / CLINICAL HYPNOSIS
Hypnotherapy atau Clinical Hypnosis adalah aplikasi hipnosis dalam menyembuhkan gangguan mental dan mengurangkan gangguan fizikal. Hipnosis telah terbukti secara perubatan boleh mengatasi berbagai macam gangguan mental mahupun fizikal. HIPNOSIS, tidak seperti cara perubatan lain yang mengubati penyakit (simptom) atau masalah yang berlaku. Hipnosis ber-urusan terus dengan penyebab sesuatu masalah. Dengan menghilangkan penyebabnya maka secara automatik masalah yang timbul akan hilang atau disembuhkan.
Kita ambil contoh kes psikosomatik(penyakit disebabkan tekanan jiwa). Jika seseorang menderita psikosomatik misalnya, kesakitan di punggung yang tak beransur sembuh, dia boleh menggunakan ubat penahan rasa sakit untuk menghilangkan rasa sakit di punggungnya. Namun hilang rasa sakitnya itu hanya sementara, setelah pengaruh ubatnya hilang, dia akan merasa sakit lagi dan meminum ubat lagi. Ini sama sekali bukan penyembuhan. Orang tidak akan benar-benar sembuh dengan cara itu. Ubat hanya akan melemahkan kita karena hidup kita menjadi tergantung dengan Ubat itu. Dengan hipnosis, penyakit psikosomatik boleh sembuh terus dalam waktu sangat singkat dan berkekalan.
2. MEDICAL AND DENTAL HYPNOSIS
Iaitu penggunaan hipnosis untuk dunia perubatan, terutama oleh pakar bedah dan doktor gigi dalam menciptakan kesan anesthesia tanpa menggunakan ubat bius. Teknik hipnosis yang digunakan untuk anesthesia sudah digunakan oleh John Elliotson (1791 -1868). Elliotson adalah doktor yang pertama kali menggunakan mesmerisme (nama kuno dari hypnotism) untuk melakukan pembedahan tanpa rasa sakit.
Catatan: pada masa itu belum ditemukan ubat bius yang disuntik ataupun diminum.
3. COMEDY HYPNOSIS
Comedy hypnosis adalah hipnosis yang digunakan untuk hiburan semata. Comedy Hypnosis juga sering disebut sebagai Stage Hypnosis. Dinamakan stage hypnosis atau hipnosis panggung karena pada awalnya
hipnosis untuk hiburan hanya dilakukan di atas panggung. Namun Comedy Hypnosis sekarang tidak terbatas dalam panggung. Di jalan, taman, pasaraya, kampus atau dimana saja Anda boleh mempraktikkan Comedy Hypnosis. Untuk mempelajari Comedy Hypnosis sangat mudah. Anda hanya memerlukan waktu beberapa jam saja, dan sudah siap untuk beraksi. Jika Anda pernah melihat acara stage hypnosis, mungkin Anda menjadi takut dengan hipnosis kerana kelihatan seorang penghipnosis boleh melakukan apa saja terhadap orang yang dihipnosis.
Sebenarnya tidak ada orang lain yang boleh mengawal Anda, kecuali Anda mengizinkan untuk dikawal. Semua sukarelawan yang menjadi peserta stage hypnosis sudah mengizinkan dirinya untuk dihipnosis, dan secara tidak langsung dia juga mengizinkan dirinya untuk "dipermainkan" oleh penghipnosis. Jika dirinya tidak mahu ditertawakan, pastinya dia tidak bersedia dihipnosis. Seandainya Anda menolak untuk dihipnosis, maka sekuat apapun penghipnosis berusaha, Anda tidak akan boleh dihipnosis.
4. FORENSIC HYPNOSIS
Dalam penyelidikan kepolisian, hipnosis boleh digunakan untuk mencari maklumat dari saksi. Satu kejadian trauma seperti dalam kes jenayah yang menakutkan cenderung membuat fikiran bawah sedar menyembunyikan ingatan yang lengkap tentang kejadian tersebut agar tidak boleh diingat oleh fikiran sedar. Tujuan fikiran sedar menyembunyikan maklumat itu sesungguhnya untuk kebaikan diri sendiri, kerana apabila kejadian itu dapat diingat dalam keadaan sedar, maka rasa ketakutan akan sering terjadi tanpa sebab. Dengan bantuan hipnosis, mangsa atau saksi boleh mengingat kembali dengan sangat jelas.
Hipnosis tidak boleh digunakan untuk mendapatkan pengakuan yang jujur dari penjenayah. Pertama kerana enjenayah pasti akan menolak untuk dihipnosis, dan kedua dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap boleh berbohong. Dengan teknik regression atau hypernesia, saksi atau mangsa jenyaha dapat menceritakan dengan sangat terperinci tentang peristiwa yang pernah dialaminya.
5. METAPHYSICAL HYPNOSIS
Metaphysical hypnosis adalah aplikasi hipnosis dalam meneliti berbagai fenomena metafizik seperti Astral Travelling, ESP, Clairvoyance, Clairaudience, Komunikasi dengan inner-self, meditasi, mengakses kekuatan superconscious mind dan eksperimen-eksperimen metafizik lainnya.
Banyak sekali manfaat hipnosis. Kerana terlalu banyak dan sangat berbeza, tidak seorang pun yang secara tepat dapat menyebutkan apa saja manfaat yang boleh diperoleh dari hipnosis. Hipnosis memainkan peranan hampir di semua bidang kehidupan yang melibatkan fikiran manusia. Jenis-jenis hipnosis di bawah ini dibezakan berdasarkan bidang aplikasinya yang paling popular dalam dunia hipnosis.1. HYPNOTHERAPY / CLINICAL HYPNOSIS
Hypnotherapy atau Clinical Hypnosis adalah aplikasi hipnosis dalam menyembuhkan gangguan mental dan mengurangkan gangguan fizikal. Hipnosis telah terbukti secara perubatan boleh mengatasi berbagai macam gangguan mental mahupun fizikal. HIPNOSIS, tidak seperti cara perubatan lain yang mengubati penyakit (simptom) atau masalah yang berlaku. Hipnosis ber-urusan terus dengan penyebab sesuatu masalah. Dengan menghilangkan penyebabnya maka secara automatik masalah yang timbul akan hilang atau disembuhkan.

Kita ambil contoh kes psikosomatik(penyakit disebabkan tekanan jiwa). Jika seseorang menderita psikosomatik misalnya, kesakitan di punggung yang tak beransur sembuh, dia boleh menggunakan ubat penahan rasa sakit untuk menghilangkan rasa sakit di punggungnya. Namun hilang rasa sakitnya itu hanya sementara, setelah pengaruh ubatnya hilang, dia akan merasa sakit lagi dan meminum ubat lagi. Ini sama sekali bukan penyembuhan. Orang tidak akan benar-benar sembuh dengan cara itu. Ubat hanya akan melemahkan kita karena hidup kita menjadi tergantung dengan Ubat itu. Dengan hipnosis, penyakit psikosomatik boleh sembuh terus dalam waktu sangat singkat dan berkekalan.
2. MEDICAL AND DENTAL HYPNOSIS
Iaitu penggunaan hipnosis untuk dunia perubatan, terutama oleh pakar bedah dan doktor gigi dalam menciptakan kesan anesthesia tanpa menggunakan ubat bius. Teknik hipnosis yang digunakan untuk anesthesia sudah digunakan oleh John Elliotson (1791 -1868). Elliotson adalah doktor yang pertama kali menggunakan mesmerisme (nama kuno dari hypnotism) untuk melakukan pembedahan tanpa rasa sakit.
Catatan: pada masa itu belum ditemukan ubat bius yang disuntik ataupun diminum.
3. COMEDY HYPNOSIS
Comedy hypnosis adalah hipnosis yang digunakan untuk hiburan semata. Comedy Hypnosis juga sering disebut sebagai Stage Hypnosis. Dinamakan stage hypnosis atau hipnosis panggung karena pada awalnya
hipnosis untuk hiburan hanya dilakukan di atas panggung. Namun Comedy Hypnosis sekarang tidak terbatas dalam panggung. Di jalan, taman, pasaraya, kampus atau dimana saja Anda boleh mempraktikkan Comedy Hypnosis. Untuk mempelajari Comedy Hypnosis sangat mudah. Anda hanya memerlukan waktu beberapa jam saja, dan sudah siap untuk beraksi. Jika Anda pernah melihat acara stage hypnosis, mungkin Anda menjadi takut dengan hipnosis kerana kelihatan seorang penghipnosis boleh melakukan apa saja terhadap orang yang dihipnosis.Sebenarnya tidak ada orang lain yang boleh mengawal Anda, kecuali Anda mengizinkan untuk dikawal. Semua sukarelawan yang menjadi peserta stage hypnosis sudah mengizinkan dirinya untuk dihipnosis, dan secara tidak langsung dia juga mengizinkan dirinya untuk "dipermainkan" oleh penghipnosis. Jika dirinya tidak mahu ditertawakan, pastinya dia tidak bersedia dihipnosis. Seandainya Anda menolak untuk dihipnosis, maka sekuat apapun penghipnosis berusaha, Anda tidak akan boleh dihipnosis.
4. FORENSIC HYPNOSIS
Dalam penyelidikan kepolisian, hipnosis boleh digunakan untuk mencari maklumat dari saksi. Satu kejadian trauma seperti dalam kes jenayah yang menakutkan cenderung membuat fikiran bawah sedar menyembunyikan ingatan yang lengkap tentang kejadian tersebut agar tidak boleh diingat oleh fikiran sedar. Tujuan fikiran sedar menyembunyikan maklumat itu sesungguhnya untuk kebaikan diri sendiri, kerana apabila kejadian itu dapat diingat dalam keadaan sedar, maka rasa ketakutan akan sering terjadi tanpa sebab. Dengan bantuan hipnosis, mangsa atau saksi boleh mengingat kembali dengan sangat jelas.Hipnosis tidak boleh digunakan untuk mendapatkan pengakuan yang jujur dari penjenayah. Pertama kerana enjenayah pasti akan menolak untuk dihipnosis, dan kedua dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap boleh berbohong. Dengan teknik regression atau hypernesia, saksi atau mangsa jenyaha dapat menceritakan dengan sangat terperinci tentang peristiwa yang pernah dialaminya.
5. METAPHYSICAL HYPNOSIS
Metaphysical hypnosis adalah aplikasi hipnosis dalam meneliti berbagai fenomena metafizik seperti Astral Travelling, ESP, Clairvoyance, Clairaudience, Komunikasi dengan inner-self, meditasi, mengakses kekuatan superconscious mind dan eksperimen-eksperimen metafizik lainnya.
Hypnosis Introduction
Hypnosis Introduction
Posted by Hypnosis Malaysia Moderator
Topics : Hypnosis Introduction / Comments: (2)
PJK, CHI, CHt, CH
PRESIDENT MALAYSIAN ACADEMY OF HYPNOSIS
C.E.O PERWIRA GLOBAL MALAYSIA SDN. BHD.
C.E.O PERWIRA GLOBAL CONSULTANCY
Hipnosis adalah suatu cabang ilmu yang terus berkembang. Di luar negeri, khususnya di Amerika, hipnosis telah diajarkan secara rasmi di berbagai institut pendidikan terkemuka. Meskipun ada sangat banyak pakar yang menjelaskan atau menulis tentang hipnosis, apabila diteliti dengan cermat, apa yang mereka jelaskan selalu memfokuskan pada satu konsep dasar. Konsep dasar ini yang harus dikuasai untuk memahami dengan benar hipnosis dan aplikasinya dalam kehidupan sehari-hari.
Dulunya sebelum saya mempelajari hipnosis, saya juga mempunyai pandangan yang negatif terhadap hipnosis. Namun setelah mendalami dengan sungguh-sungguh, saya akhirnya memahami, jatuh cinta, dan dapat memperolehi manfaat yang luar biasa dari cabang ilmu ini, baik untuk diri saya sendiri mahupun untuk membantu orang lain. Apa bezanya hipnotis dan hipnoterapis? Panggilan hipnotis atau hipnoterapis memang agak mengelirukan.
Namun untuk pengetahuan Anda, hipnotis adalah seseorang yang telah mempelajari asas-asas ilmu hipnosis. Hipnoterapis adalah hipnotis yang mempelajari teknik terapi dengan menggunakan keadaan hipnosis. Hipnotis belum tentu seorang hipnoterapis. Hipnoterapis pasti seorang hipnotis. Seorang hipnotis yang selalu mengadakan pertunjukan belum tentu mampu melakukan terapi. Namun seorang hipnoterapis pasti boleh melakukan apa yang dilakukan hipnotis.
Manfaat Hipnosis / Hipnoterapi
Saya tidak boleh membatasi apa saja yang boleh dan tidak boleh dibantu dengan hipnoterapi. Kerana hipnoterapi ialah ilmu untuk mengeksplorasi kekuatan fikiran, maka segala masalah yang berkaitan dengan fikiran dan perasaan boleh dibantu dengan hipnoterapi. Hipnoterapi boleh berperanan dalam bidang kecantikan, kedoktoran, kebidanan, kesihatan tubuh dan fikiran, masalah psikologi, masalah anak dan remaja, pengembangan diri, masalah seksual, bahkan untuk sekadar hiburan dan rekreasi mental. Hasil pembelajaran saya selama ini membuat saya faham bahwa kunci perubahan ada di Fikiran Bawah Sedar.Anda boleh mengubah diri Anda menjadi apa pun yang Anda inginkan, asalkan Anda dapat mengubah program fikiran" yang tertanam di Fikiran Bawah Sedar Anda. Saya belajar banyak kaedah terapi dan pengembangan diri, dan bagi saya tidak ada teknik yang lebih universal daripada hipnoterapi. Di bawah ini, Anda akan menerangkan pelbagai manfaat hipnoterapi yang boleh digunakan.Manfaat Hipnosis Untuk Masalah Psikologi

- Mampu merubah minda untuk menjadi lebih positif dan berkeyakinan.
- Menghilangkan tekanan (stress) dan kesedihan.
- Menghilangkan fobia, trauma atau rasa takut yang berlebihan.
- Menyembuhkan masalah gagap dan darah gemuruh.
- Mengatasi kemurungan.
- Menghilangkan perasaan mudah merasa cemas (Anxiety Disorder).
- Menghilangkan ketagihan rokok, perjudian, alkohol dan penagihan
dadah.
- Menghilangkan berbagai tabiat buruk.
- Meningkatkan kepercayaan diri / motivasi untuk individu yang berfikiran negatif.
- Mampu mengatasi rasa bosan pada pasangan.
Hipnosis Untuk Pembangunan Personel
- Mampu membentuk keperibadian dan karakter seperti yang kita inginkan.- Meningkatkan tumpuan, daya ingatan dan kreativiti.
- Mampu meningkatkan fokus ketika melakukan sesuatu dalam masa yang panjang.
- Mengatasi rasa was-was atau takut ketika mengikuti ujian atau peperiksaan.
- Meningkatkan prestasi belajar atau prestasi kerja.
- Mengatasi rasa bosan di waktu belajar atau bekerja.
- Menghilangkan kebiasaan menangguh-nangguhkan pekerjaan.
- Membina motivasi yang kuat untuk meraih cita-cita.
- Meningkatkan kepercayaan diri, mengatasi rasa malu dan rendah diri.
- Meningkatkan keyakinan dan percaya diri ketika berbicara di depan umum.
- Membantu untuk mengendalikan perasaan dan emosi.
- Mampu menghilangkan segala sikap dan gelagat yang negatif.
- Membentuk kepercayaan diri yang kuat agar tidak terpengaruh oleh keadaan sekeliling.
Hipnosis Untuk Kesihatan

- Menghilangkan ketagihan rokok, alkohol dan penagihan dadah.
- Mampu untuk menambah ataupun mengurangkan kenginan untuk makan.
- Mampu memprogram fikiran untuk mengubah tabiat makan dan gaya hidup.
- Mengubati psikosomatik iaitu penyakit fizikal yang disebabkan oleh masalah psikologi.
- Menyembuhkan masalah tidur, kesulitan tidur, insomnia, mimpi buruk ataupun terbayang hal yang menyeramkan ketika menutup mata.
- Boleh membantu untuk menghilangkan rasa mual ketika makan.
Hipnosis Untuk Kecantikan

- Mampu “re - programming” minda untuk mengubah tabiat makan supaya bentuk badan yang ideal.
- Boleh menambah berat badan secara semula jadi.
- Boleh mengekalkan awet muda dengan programkan fikiran, memunculkan inner beauty, keanggunan dan peribadi yang menawan.
- Mengatasi perasaan rendah diri dan tidak puas dengan penampilan fizikal yang dimiliki.
Hipnosis Untuk Remaja

- Mampu “re - programming” sikap anak - anak yang negatif seperti pemalu, penakut, terlalu manja, mudah menangis, sering merasa rendah diri dan sukar bergaul kepada sifat - sifat yang positif
- Meningkatkan kepercayaan diri dan prestasi anak-anak dalam semua bidang yang diceburi.
- Menghilangkan rasa takut, tidak tenteram, berdedar-debar dan tidak boleh menumpukan perhatian ketika mengikuti ujian.
- Mengatasi anak yang tidak bersemangat atau tidak mahu ke sekolah.
- Mengatasi anak yang degil, pemalas dan tidak boleh berdikari untuk menjadi anak yang positif.
- Bagaimana membentuk anak supaya cerdas?
- Bagaimana mempengaruhi anak agar mengikut kata ibu bapa?
- Bagaimana menyampaikan saranan yang boleh diterima oleh remaja?
HYPNOSIS @ YOUTUBE !!!
Sila klik link dibawah untuk Layari Channel "Hypnosis World" di Youtube.
Apa Itu Hipnosis ?
Apa Itu Hipnosis ?
Posted by Hypnosis Malaysia Moderator
Topics : Apa Itu Hipnosis ? / Comments: (0)
Apa Itu Hipnosis ?
Kata "hypnosis" pertama kali diperkenalkan oleh James Braid, seorang doktor ternama di England yang hidup antara tahun 1795 - 1860. Sebelum masa Jame Braid, hypnosis dikenal dengan nama Mesmerism / Magnetism. Hipnosis berasal dari kata "hypnos" yang merupakan nama dewa tidur orang yunani. Namun perlu difahami bahawa keadaan hipnosis tidaklah sama dengan tidur. Orang yang sedang tidur tidak menyedari dan tidak boleh mendengar suara-suara disekitarnya. Sedangkan orang dalam keadaan hipnosis, meskipun tubuhnya beristirehat (seperti tidur), seseorang masih boleh mendengar dengan jelas dan bertindak balas terhadap maklumat yang diterimanya. Hipnosis telah dipelajari secara ilmiah lebih dari 200 tahun.
Beberapa defisini hipnosis :
- Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasainya mindanya ataupun menghipnotisnya ketika itu
- Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua - dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.

- Hipnosis adalah suatu keadaan yang menyerupai tidur yang dapat secara sengaja dilakukan kepada seseorang, di mana seseorang yang dihipnosis boleh menjawab pertanyaan yang diajukan, serta menerima saranan tanpa bantahan.
- Hipnosis adalah teknik atau cara dalam mempengaruhi orang lain untuk masuk ke dalam keadaan luar biasa hipnosis.
- Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat sangat tinggi.
- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesadarannya, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari Beta menjadi Alpha dan Theta.
- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk menjelajahi alam bawah sedar.
Semua definisi di atas benar, kerana menandakan salah satu atau beberapa gejala dari keadaan hipnosis. Akan tetapi apa yang diungkapkan diatas belum boleh mencerminkan apa yang paling unik dari hipnosis yang berbeza dari keadaan mental lain. Sebab itu, kami memilih menggunakan definisi hipnosis yang dibuat oleh U.S. Department of Education, Human Services Division, dikatakan bahwa; “Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious mind followed by the establishment of acceptable selective thinking” atau “Hipnosis adalah penembusan faktor kritikal fikiran sedar diikuti dengan diterimanya suatu pemikiran atau saranan”.
Hipnosis Adalah Fenomena Semulajadi dan Normal

Anda mengalami keadaan sama seperti hipnosis minimum 2 kali sehari, iaitu saat Anda akan tertidur dan bangun tidur tapi masih malas untuk bangun. Pada saat itu, seluruh tubuh Anda beristirehat tapi fikiran anda masih bekerja walaupun separuh sedar.
Contoh lain peristiwa hipnosis iaitu ketika Anda membaca novel atau menonton filem yang asyik. Anda merasakan takut, bersemangat, cemas, sedih, menangis, dan ketawa, padahal Anda tahu bahwa yang Anda saksikan hanyalah cerita fiksyen belaka.
Apakah Anda terhipnosis oleh cerita yang Anda ikuti? Ya benar, Anda terhipnosis. Apakah anda dikendalikan oleh cerita dalam filem? - Tentu saja tidak. Dan memang seperti itulah hipnosis. Hipnosis hanya dapat Anda rasakan apabila Anda mengizinkan diri Anda untuk mengalaminya. Seperti ketika Anda membaca novel atau menonton filem, Anda sendiri yang mengizinkan diri Anda untuk terpengaruh oleh filem atau hanyut dalam cerita novel.
Hipnosis bukanlah cara menguasai pikiran seseorang. Melainkan seni mengelola fikiran. Seorang pakar hipnosis tidak punya kekuatan ghaib yang boleh mengendalikan fikiran Anda. Jika Anda tidak boleh dipaksa untuk menyaksikan filem, maka Anda juga tidak boleh dipaksa untuk dihipnosis.
Hipnosis adalah fenomena mental semula jadi. Setiap manusia normal mempunyai kemampuan untuk mengalami hipnosis. Anda dapat menolak hipnosis dengan cara mengabaikan semua yang dikatakan hypnotist. Seperti halnya anda boleh menolak untuk terharu oleh cerita yang sedih dalam filem dengan cara memikirkan hal lain ketika menonton filem.
Hipnosis Tidak Selalu Rileksasi
Beberapa orang mengira bahwa keadaan hipnosis tidak lain adalah keadaan fizik yang sangat relaks. Dengan kata lain, hipnosis hanya boleh dicapai dengan rileksasi secara fizikal. Semakin dalam rileksasi, maka semakin dalam tahap kedalaman hipnosis. Pemahaman ini kurang tepat. Memang benar salah satu ciri orang yang berada dalam keadaan hipnosis adalah tubuhnya dalam keadaan rileks. Namun, tubuh yang rileks belum tentu menandakan orang dalam keadaan hipnosis. Bahkan dengan teknik yang ada saat ini, kita boleh menghipnosis orang dalam keadaan sedar, tanpa orang tersebut "ditidurkan" lebih dulu.
Disamping itu, banyak sekali orang yang takut dihipnosis. Ketakutan ini wajar kerana mereka belum mengenal hipnosis dari sumber yang benar. Banyak orang beranggapan, bahawa orang yang dihipnosis akan dikuasai fikirannya oleh orang yang menghipnosis. Pendapat tersebut tidak benar, kerana dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap dapat mengawal dirinya. Kami sudah membahas mengenai fahaman yang salah mengenai hipnosis pada artikel tersendiri.
Terma dan Definisi
Banyak orang yang belum memahami istilah hipnosis dengan sebenar. Beberapa terma di bawah ini perlu Anda fahami definisinya.
- Hipnosis / Hypnotism = Boleh diertikan sebagai ilmu untuk menghipnotis. Definisi secara lengkap seperti yang sudah dijelaskan diatas.
- Hipnotis = Orang yang melakukan hipnosis atau "ahli hipnosis".
- Hipnotis adalah terjemahan dari hypnotize (verb) yang ertinya "melakukan hipnosis"
- Hipnoterapi = Aplikasi hipnosis untuk terapi pengubatan.
- Hipnoterapis = Orang yang ahli menggunakan hipnosis untuk terapi.
- Saranan = Perintah atau saran yang diberikan hipnotis.
Kata "hypnosis" pertama kali diperkenalkan oleh James Braid, seorang doktor ternama di England yang hidup antara tahun 1795 - 1860. Sebelum masa Jame Braid, hypnosis dikenal dengan nama Mesmerism / Magnetism. Hipnosis berasal dari kata "hypnos" yang merupakan nama dewa tidur orang yunani. Namun perlu difahami bahawa keadaan hipnosis tidaklah sama dengan tidur. Orang yang sedang tidur tidak menyedari dan tidak boleh mendengar suara-suara disekitarnya. Sedangkan orang dalam keadaan hipnosis, meskipun tubuhnya beristirehat (seperti tidur), seseorang masih boleh mendengar dengan jelas dan bertindak balas terhadap maklumat yang diterimanya. Hipnosis telah dipelajari secara ilmiah lebih dari 200 tahun.Beberapa defisini hipnosis :
- Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasainya mindanya ataupun menghipnotisnya ketika itu
- Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua - dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.

- Hipnosis adalah suatu keadaan yang menyerupai tidur yang dapat secara sengaja dilakukan kepada seseorang, di mana seseorang yang dihipnosis boleh menjawab pertanyaan yang diajukan, serta menerima saranan tanpa bantahan.
- Hipnosis adalah teknik atau cara dalam mempengaruhi orang lain untuk masuk ke dalam keadaan luar biasa hipnosis.
- Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat sangat tinggi.
- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesadarannya, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari Beta menjadi Alpha dan Theta.
- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk menjelajahi alam bawah sedar.
Semua definisi di atas benar, kerana menandakan salah satu atau beberapa gejala dari keadaan hipnosis. Akan tetapi apa yang diungkapkan diatas belum boleh mencerminkan apa yang paling unik dari hipnosis yang berbeza dari keadaan mental lain. Sebab itu, kami memilih menggunakan definisi hipnosis yang dibuat oleh U.S. Department of Education, Human Services Division, dikatakan bahwa; “Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious mind followed by the establishment of acceptable selective thinking” atau “Hipnosis adalah penembusan faktor kritikal fikiran sedar diikuti dengan diterimanya suatu pemikiran atau saranan”.
Hipnosis Adalah Fenomena Semulajadi dan Normal

Anda mengalami keadaan sama seperti hipnosis minimum 2 kali sehari, iaitu saat Anda akan tertidur dan bangun tidur tapi masih malas untuk bangun. Pada saat itu, seluruh tubuh Anda beristirehat tapi fikiran anda masih bekerja walaupun separuh sedar.
Contoh lain peristiwa hipnosis iaitu ketika Anda membaca novel atau menonton filem yang asyik. Anda merasakan takut, bersemangat, cemas, sedih, menangis, dan ketawa, padahal Anda tahu bahwa yang Anda saksikan hanyalah cerita fiksyen belaka.
Apakah Anda terhipnosis oleh cerita yang Anda ikuti? Ya benar, Anda terhipnosis. Apakah anda dikendalikan oleh cerita dalam filem? - Tentu saja tidak. Dan memang seperti itulah hipnosis. Hipnosis hanya dapat Anda rasakan apabila Anda mengizinkan diri Anda untuk mengalaminya. Seperti ketika Anda membaca novel atau menonton filem, Anda sendiri yang mengizinkan diri Anda untuk terpengaruh oleh filem atau hanyut dalam cerita novel.
Hipnosis bukanlah cara menguasai pikiran seseorang. Melainkan seni mengelola fikiran. Seorang pakar hipnosis tidak punya kekuatan ghaib yang boleh mengendalikan fikiran Anda. Jika Anda tidak boleh dipaksa untuk menyaksikan filem, maka Anda juga tidak boleh dipaksa untuk dihipnosis.Hipnosis adalah fenomena mental semula jadi. Setiap manusia normal mempunyai kemampuan untuk mengalami hipnosis. Anda dapat menolak hipnosis dengan cara mengabaikan semua yang dikatakan hypnotist. Seperti halnya anda boleh menolak untuk terharu oleh cerita yang sedih dalam filem dengan cara memikirkan hal lain ketika menonton filem.
Hipnosis Tidak Selalu Rileksasi
Beberapa orang mengira bahwa keadaan hipnosis tidak lain adalah keadaan fizik yang sangat relaks. Dengan kata lain, hipnosis hanya boleh dicapai dengan rileksasi secara fizikal. Semakin dalam rileksasi, maka semakin dalam tahap kedalaman hipnosis. Pemahaman ini kurang tepat. Memang benar salah satu ciri orang yang berada dalam keadaan hipnosis adalah tubuhnya dalam keadaan rileks. Namun, tubuh yang rileks belum tentu menandakan orang dalam keadaan hipnosis. Bahkan dengan teknik yang ada saat ini, kita boleh menghipnosis orang dalam keadaan sedar, tanpa orang tersebut "ditidurkan" lebih dulu.Disamping itu, banyak sekali orang yang takut dihipnosis. Ketakutan ini wajar kerana mereka belum mengenal hipnosis dari sumber yang benar. Banyak orang beranggapan, bahawa orang yang dihipnosis akan dikuasai fikirannya oleh orang yang menghipnosis. Pendapat tersebut tidak benar, kerana dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap dapat mengawal dirinya. Kami sudah membahas mengenai fahaman yang salah mengenai hipnosis pada artikel tersendiri.