visitors


counter

Isnin, 4 Julai 2011

BEZA PUKAU DENGAN HIPNOSIS

BEZA PUKAU DENGAN HIPNOSIS

Minggu lalu (16 April 2010), Al-Kuliyyah bersiaran langsung dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama. Dengan gandingan Ustaz Hj. Abdul Rashid Ahmad (Pendakwah/Pengamal Perubatan Islam) dan Encik Helminiry Had Hj. Sabtu (Presiden Akademi Hipnosis Malaysia), Al-Kuliyyah kali ini membincangkan tajuk 'Pukau'. Ia mengupas mengenai ilmu pukau dan perbezaannya dengan hipnosis. Perantara Al-Kuliyyah, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa mengajak kedua-dua panelis membincangkan maksud ayat 102 Surah Al-Baqarah.
Menurut huraian Datuk Haji Muhammad Noor (Penyemak Kitab Tafsir Pimpinan Rahman) : "Ayat ini (102 Surah Al-Baqarah) menjadi dalil yang menunjukkan bahawa tiap-tiap sesuatu yang dijadikan Allah Ta'ala mempunyai kuasa tenaga yang terdapat dalam sesuatu benda itu.
Ilmu Sihir itu memang ada mengandungi hikmat yang Tuhan berikan bagi melahirkan sesuatu perkara yang dapat memberi sesuatu kesan seperti pembenci atau pengasih.
Sila rujuk penerangan seterusnya dalam Tafsir Pimpinan Rahman halaman 40 hingga 41.
Menurut Kamus Dewan, Hipnosis bermaksud keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidak sedar tetapi masih boleh berkomunikasi dengan waras, dengan pihak yang menjadikannya demikian. Sementara pukau pula bermaksud jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap atau hilang akal, tak dapat berkata apa-apa.
Dari Kiri : Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa (Perantara), Encik Helminiry dan salah seorang penonton.  

Penonton telah dihipnosis.
Ustaz Abdul Rashid Ahmad

Penonton dari Wanita Bukit Sentosa, Rawang, Selangor dan Kumpulan Nur Sohabah, Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More