visitors


counter

Selasa, 2 Ogos 2011

SIGMUND TIDAK MAMPU APLIKASI TEKNIK HIPNOSIS


Sigmund Freud

Sigmund Freud (1856 – 1939) adalah neurolog asal Austria yang menemukan psikoanalisis. Konsep teori Sigmund Freud yang terkenal adalah tentang pikiran bawah sadar (unconscious mind) yang mengendalikan sebagian besar perilaku manusia.
Setelah mendengar tentang LiƩbault dan Bernheim pada tahun 1890 Freud berkunjung ke Nancy. Pada awalnya, Freud adalah seorang pendukung antusias hypnotherapy, dan menekankan regresi hypnosis dan abreaction (katarsis) sebagai metode terapi. Bersama dengan Joseph Breuer Freud mengembangkan teknik abreaction therapy menggunakan hypnosis. Namun, karena sering gagal melakukan proses hypnosis terhadap pasien, Freud secara bertahap meninggalkan hypnotisme dan menggunakan metode baru untuk menyembuhkan penderita tekanan psikologis menggunakan psikoanalisa.
Penolakan Freud terhadap hipnosis menyebabkan kemunduran hipnosis dalam dunia medis, meskipun demikian praktik stage hipnosis tetap populer pada masa itu.
Pada periode ini terjadi peristiwa penting dalam dunia hipnosis yaitu:
  • Konggres Hipnotisme Internasional yang pertama pada tanggal 8-12 Agustus 1889
  • Pada tahun 1892 British Medical Association mengesahkan penggunaan hipnosis untuk terapi dan menolak teori mesmerisme dalam acara meeting tahunan BMA.

KOMEN PESERTA


·         salam hj saiful...alhamdulillah baik....salam ramadhan juga.. pada pendapat saya cara hj kendalikan sesi tu memang baik...suara dan intonasi suara hj pn amat bersesuaian dan meyakinkan....tahniah!!! dah berjaya jadi instructor...sya percaya hj dapat jadi instructor yang berkesan..insyaAlLLAH....blog tu sya dah buka cuma belum sempat nak ronda2...insyaALLAH nanti kalau berkesempatan saya berikan komen ya...sya ni masih cuba lagi nak tingkatkan kemahiran...dah tgk juga teknik pakar hipnosis indonesia di youtube...kaedah lebih jelas dan terperinci cuma tu la...tak secara live.....
Azilah Rahman(Peserta Advance Hypnotherapy:CHT)

Hypnotherapy Treatment for Anxiety

TOKOH KAUNSELING



KENALI TOKOH KAUNSELING : Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Tajuddin Hj Ninggal

Datuk Prof. Dr. Mohd Tajudin Ninggal, Pengarah, Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia mewakili seluruh Institut Pengajian Tinggi Malaysia oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2007. Kini sebagai Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Teknologi Malaysia.

Surat Perlantikan yang ditandatangani Menteri berkenaan, YB. Dato' Sri Sharizat bt Abdul Jalil itu adalah bagi tempoh dua tahun mulai 1 Disember 2007 hingga 30 November 2009.

Datuk Prof. Dr. Mohd. Tajudin,47 dilahirkan di Melaka, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Western Michigan University, Amerika Syarikat telah memulakan kerjaya di UTM sebagai Penolong Pensyarah A di Fakulti Pendidikan. Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai pensyarah, Prof. Madya dan Ketua Jabatan sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia yang diperuntukkan dibawah Seksyen 4, Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), beliau berperanan sebagai penasihat kepada Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling dan akta tersebut dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga Kaunselor.

Sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Kaunselor, beliau merupakan Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia selama dua penggal mulai 2001 sehingga 2007.

Datuk Prof. Mohd. Tajudin yang juga merupakan Kaunselor Profesional Berdaftar merupakan seorang tokoh psikologi kaunseling yang berpengalaman luas dan dikenali di peringkat kebangsaan. Antaranya, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau sangat aktif dan banyak menyumbang kepakarannya dalam aspek penyelidikan dan perundingan psikologi kaunseling. Atas sumbangan, ketokohan dan kepimpinannya beliau telah dianugerahkan Pingat Emas oleh Association of Counselor Education & Supervision (ACES), Amerika Syarikat dan telah dilantik sebagai seorang Ahli Lembaga oleh Association of Psychological Counselors and Educators of Asia Pacific (APECA) yang beribu pejabat di Manila, Filipina sejak 2003 sehingga kini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More